Lelaki OKU umur 62 dapat MyKad

Lelaki OKU umur 62 dapat MyKad

BADRUL Hisham Alias menyerahkan Mykad kepada Noor Mardiah Ali yang mewakili adiknya di rumahnya di Wakaf Bharu Tumpat, Kelantan semalam. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Penantian selama 62 tahun keluarga kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental untuk memiliki Mykad akhirnya tercapai selepas pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menghantar dokumen itu ke rumahnya di Wakaf Bharu, di sini hari ini.

Kakaknya, Noor Mardiah Ali, 64, berkata, meskipun adiknya, Muhammad Ruslan, 62, tidak memahami dan tidak tahu kepen­tingan MyKad, dia bersyukur apabila dia akhirnya mempunyai dokumen pengenalan diri.

Katanya, pemberian MyKad itu sekali gus memudahkan urusan untuk memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membuka akaun bank.

“Saya bimbang jika Muhammad Ruslan meninggal dunia tanpa ada MyKad. Sudah pasti sukar untuk uruskan pengebumiannya nanti.

“Kini, kami sekeluarga tidak lagi bimbang dengan situasi itu. Kami menunggu masa untuk memohon bantuan OKU dari JKM dan membuka akaun bank,” katanya ditemui pemberita selepas penyerahan MyKad oleh Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias di rumahnya di Wakaf Bharu di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah JPN (Operasi) Sarinah Apisah, Pengarah JPN Kelantan, Asrehan Ab. Razak dan pihak JKM.

Noor Mardiah yang juga ibu tunggal memberitahu, dia menjaga lima adik-beradiknya yang merupakan OKU termasuk Muhammad Ruslan selepas ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×