Lapangan terbang Kota Kinabalu busuk - Bung Moktar

Lapangan terbang Kota Kinabalu busuk – Bung Moktar

BUNG Moktar Radin semasa menghadiri persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang menjadi pintu masuk utama ke Sabah yang semakin teruk diibaratkan seperti negeri yang dilanggar garuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tahap kebersihan tidak terjaga dan kemudahan tidak diselenggara dengan baik akan mendatangkan kesukaran kepada Sabah untuk meningkatkan kehadiran pelancong.

“Sehingga hari ini lapangan terbang kita macam mana nak meningkatkan kehadiran pelancong, datang sahaja pakai pelitup muka, bau busuk, tandas busuk, penyaman tidak ada, tempat duduk tidak ada. Perkara pokoknya semua (kemudahan) down

“Kenapa begitu, apa yang berlaku, apa sudah jadi? Adakah negeri kita sudah diserang geroda?” katanya semasa perbahasan dasar kerajaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Beliau berkata, sektor pelancongan di negeri ini diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu, tidak bergerak, sepatutnya digerakkan secara menyeluruh.

Sehingga hari ini tiada cadangan kerajaan mahupun kementerian terlibat tentang hala tuju sektor pelancongan di negeri ini.

Bung Moktar turut mencadangkan agar wujudkan Koridor Timur di daerah termiskin di Sabah dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk setempat.

Kata beliau, Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Wilayah Sabah (SEDIA) harus memainkan peranan menjalankan kajian agar dapat diwujudkan koridor untuk meningkatkan ekonomi penduduk di lapan daerah termiskin.

Mengulas lanjut katanya, Kementerian Kewangan harus menstruktur semula konsep SEDIA jika kerajaan benar-benar berhasrat ingin mengeluarkan lapan daerah termiskin itu daripada rantaian kemiskinan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN