SHAH ALAM: Polis akan mengambil keterangan beberapa individu lagi bagi membantu siasatan penemuan bagasi yang mengandungi wang tunai RM500,000 dekat sebuah pusat beli belah di Damansara pada dua minggu lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, baru-baru ini polis sudah pun mengambil keterangan lelaki yang membawa dan meninggalkan bagasi berkenaan ke tempat letak kereta di pusat beli belah terbabit. Menurutnya, individu tersebut mengaku melakukannya dan polis menyiasat perbuatan…