PUTRAJAYA: Kerajaaan bersetuju mengagihkan beberapa bentuk bantuan kepada ahli keluarga dan waris nahas dua helikopter di Lumut, Perak pagi semalam. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini. Tanpa mengulas lanjut bentuk bantuan yang bakal diberikan, Fahmi berkata, perkara itu akan diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam masa terdekat. “Rakan-rakan media boleh merujuk perkara itu menerusi kenyataan oleh Menteri Pertahanan hari…