PETALING JAYA: Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Muzik Malaysia, Ayob Abd. Majid, menyokong tindakan memboikot mana-mana selebriti yang keterlaluan dan sengaja mencipta kontroversi dalam mempromosikan lagu. Pada masa sama, Ayob juga berharap tindakan tegas dapat diambil sebagai amaran kepada mereka yang menghasilkan kandungan yang boleh menyinggung sensitiviti mana-mana pihak. “Boikot adalah tindakan yang bagus. Cara yang mudah ialah kita tekan butang report video tersebut. “Individu berkenaan bukan sahaja berani menghasilkan kandungan…