Kemeriahan raya masih sama – Mia Sara Shauki - Utusan Malaysia

Kemeriahan raya masih sama – Mia Sara Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sambutan Aidilfitri tahun ini buat pelakon baru, Mia Sara Shauki kekal meriah walaupun bersama ahli baru dalam keluarga.

Menurut Mia Sara Shauki, 25, perasaan teruja kekal sama seperti tahun-tahun lalu dengan kehadiran ibu tirinya.

“Kemeriahan raya masih disambut seperti biasa. Saya meraikan lebaran dengan ibu saya, ayah dan isterinya. Seronok beraya bersama-sama, tiada apa yang nak dirisaukan.

“Kami selesa duduk di bawah satu bumbung, sebelum ini pon saya memang rapat dengan ibu tiri. Dia pernah bekerja dengan ayah saya,” katanya semasa ditemui di Malam Gala Geng Kubur semalam. .

Bercakap tentang keputusan ayahnya memilih Marcella sebagai isteri, Mia memilih bersikap terbuka dan tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat oleh ibu bapanya.

“Ayah buat keputusan untuk berkahwin, saya terima sahaja asalkan mereka bahagia dengan haluan masing-masing.

“Saya tak pernah halang ibu dan ayah jika perkara yang dibuat membawa kebahagian buat diri mereka sendiri.

“Sebagai anak, saya hanya mahu yang terbaik buat kedua-duanya. Kebahagiaan mereka adalah separuh kebahagiaan buat diri saya juga,” ujarnya.

Mia berkata, dirinya sama seperti ibu ayah yang mahukan kebahagiaan buat anak-anak mereka jadi dia meraikan semua keputusan yang mampu memberi kebahagian kepada semua pihak.

Sebelum ini, Pengarah filem Papadom, Afdlin mengesahkan sudah berkahwin dengan wanita pilihan dan juga pengurusnya, Marcella tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya