PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bertemu dengan syarikat konglomerat, Meta Platforms Inc (Meta), Isnin ini, bagi membincangkan isu aspek keselamatan dalam talian. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata, antara isu dibincangkan termasuk cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat memperalat rangkaian media sosial di bawah Meta bagi memesong fakta dan menyebar maklumat berita palsu. Beliau berkata, pihaknya mendapati ada cubaan pihak tertentu memperalat Facebook, WhatsApp dan…