GERIK: Selepas tujuh hari bertarung nyawa, kanak-kanak perempuan yang terlibat kemalangan bersama ibu bapa dan abangnya pada Ahad lalu, disahkan meninggal dunia semalam. Mangsa, Nur Arissa Sofia Kamizan berusia tiga tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada pukul 2.39 pagi. Dalam kemalangan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada 7 April lalu, ibu bapa Nur Arrisa, Kamizan Kasimon, 42, dan Noor Asmah Mat Zainal, 38, maut selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya