BUTTERWORTH : Seorang penolong pegawai penguat kuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan menipu, dua tahun lalu. Tertuduh, Mohd Zaimi Sham Mahmood, 50, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu seorang lelaki berusia 45 tahun dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa Jawatankuasa Rayuan…