BESUT: Seorang usahawan tani memperoleh pendapatan berganda selepas anak pokok sayur dijual mendapat permintaan yang tinggi pada musim cuaca panas. Sanida Bakron, 48, berkata, pada musim ini, permintaan anak pokok sayur yang dihasilkan mencecah sehingga RM10,000 sebulan iaitu bertambah sekali ganda berbanding bulan-bulan lain. Beliau yang berkecimpung hampir 15 tahun dalam bidang semaian anak pokok sayur, kebiasaannya musim cuaca panas anak pokok lebih berkualiti dan bebas daripada serangan penyakit seperti…










