PUTRAJAYA: Seorang banduan akhir yang disabitkan membunuh teman wanita dengan menjerut lehernya menggunakan kain tudung, terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 30 tahun. Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian secara sebulat suara terhadap Shahrul Nizam Mohd. Shah, 52, selepas membenarkan permohonan semakannya. Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera …