Jenazah Megat Ashman dikebumi di New Zealand

Jenazah Megat Ashman dikebumi di New Zealand

NOOR Aishah Abdul Latif (kanan) bersama ahli keluarganya semasa berada di Stesen KTMB Kampar, Perak, untuk menaiki perkhidmatan ETS ke Kuala Lumpur. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pelajar Malaysia di New Zealand yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya kelmarin, Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, 21, akan dikebumikan di negara tersebut.

Perkara itu disahkan bapanya, Megat Irman Jefni yang berada di negara itu untuk urusan jenazah anaknya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, katanya, tarikh upacara pengebumian belum dapat diberikan kerana baru sampai di negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jenazah akan dikebumikan New Zealand. Beberapa ahli keluarga terdekat juga dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain Megat Ashman Aqif, seorang lagi pelajar Malaysia, Wan Nur Adlina Alisa dari University of Canterbury turut terkorban dalam kemalangan pada pukul 1.45 petang waktu tempatan, kelmarin.

Tiga lagi pelajar cedera dalam nahas sama iaitu Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Anak Walton dari University of Canterbury serta Muhamad Faris Mohd Fairusham dari Victoria University of Wellington.

Sementara itu, ibu Megat Ashman Aqif, Noor Aishah Abdul Latif berkata, dia reda dengan keputusan jenazah anaknya dikebumikan di New Zealand.

“Saya reda arwah dikebumikan di sana, lebih mudah urusannya. Dikebumikan di Christchurch (New Zealand),” katanya ketika ditemui di Kampar.

Menurut Noor Aishah, dia kini dalam usaha untuk menaiki penerbangan ke negara tersebut bagi menghadiri pengebumian anaknya.

“Saya belum dapat tiket penerbangan ke sana. Saya berusaha mendapatkan tiket penerbangan paling cepat untuk sampai ke sana,” katanya.

Katanya, disebabkan keputusan lokasi pengebumian baru sahaja dibuat, dia tergesa-gesa menuju ke Kuala Lumpur bagi membeli tiket penerbangan ke New Zealand. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini