Isu Palestin-Israel: Pas nyata pendirian bersama kerajaan

Isu Palestin-Israel: Pas nyata pendirian bersama kerajaan

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menegaskan pendirian untuk bersama kerajaan dalam isu Palestin-Israel, namun kekal menolak cadangan penyelesaian dua negara.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersama kerajaan, parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong perjuangan Palestin menentang kezaliman rejim Zionis dengan istiqamah.

Bagaimanapun, menurut beliau, Pas berpendirian berbeza dengan kerajaan dalam penyelesaian konflik antara Palestin dan Israel.

“Pas berbeza dengan pihak yang lain kerana Pas menolak penyelesaian dua negara yang disokong oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini yang bersama Barat mendukung penyelesaian dua negara tersebut dan menyokong Palestin secara ‘belah-bahagi’.

“Pas bersama gerakan Islam (Hamas), Tanzim Jihad, Ansarullah dan semua kumpulan Islam, serta negara Iran, Syria dan Algeria, menolak wujudnya negara haram Israel.

“Pas hanya menerima satu negara Palestin yang tidak dibelah bahagi yang dikuasai oleh Islam bermasyarakat majmuk,” katanya dalam catatan Minda Presiden Pas berjudul ‘Pas bersama Palestin tidak berbelah bahagi’ yang dimuat naik, hari ini.

Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, Pas hanya menerima satu negara dan ia adalah Palestin yang tidak berbelah bahagi serta dikuasai oleh Islam bermasyarakat majmuk.

“Dua negara Islam telah mengiktiraf Israel sejak awal, iaitu Turki sehingga kini dan Iran pada zaman Syah Iran, namun dibatalkan selepas Syah digulingkan oleh revolusi Islamnya yang mengharamkan negara Israel.

“Pas berpegang kepada hukum Islam bahawa Palestin adalah milik Islam dengan nas al-Quran,” katanya.

Beliau turut mengkritik tindakan negara Islam yang pemimpinya buta hati dan tidak bergerak untuk berjihad menentang Israel sedang keganasan rejim Zionis sudah disaksikan oleh seluruh dunia hingga diputuskan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

“Seluruh dunia menyaksikan kezaliman dan keganasan paling melampau yang dilakukan oleh puak Yahudi Zionis terhadap rakyat Palestin. Sehingga diputuskan oleh pihak ICC berlakunya jenayah perang dan pencabulan hak-hak kemanusiaan.

“Maka, umat Islam daripada kalangan semua bangsa dan mazhab merupakan kalangan paling wajib menyelamatkan saudara seagama yang menjadi mangsa kekejaman dan keganasan yang paling dahsyat berlaku,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×