MANADO: Penyelamat Indonesia bertungkus-lumus memindahkan 11,000 penduduk selepas gunung berapi, Gunung Ruang di sini, meletus sebanyak lima kali, memaksa pihak berkuasa menutup lapangan terbang berhampiran. Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran mengenai serpihan yang jatuh yang boleh menyebabkan tsunami. Kawah Gunung Ruang kelihatan mengeluarkan api dan meletus empat kali kelmarin memaksa pihak berkuasa menaikkan tahap berjaga-jaga ke tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat. Sementara itu, keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala…










