SIK: Dua sepupu maut setelah motosikal yang ditunggang mereka melanggar tiang sebuah rumah di Kampung Sungai Senam, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Nur Aina Suhaila Mohd. Sukri dan Ni’matul Ain Muhammad Rizuwan yang masing-masing berusia 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mereka…










