Dua remaja lelaki maut motosikal bertembung kereta - Utusan Malaysia

Dua remaja lelaki maut motosikal bertembung kereta

KEADAAN remaja yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 10.38 malam itu mengorbankan penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing berusia 17 dan 18 tahun di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat.

“Motosikal yang ditunggang dari arah Chemor itu telah bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

“Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×