LIMBANG: Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta pacuan empat roda berhampiran Kampung Bakul petang tadi.
Komander Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Ridzuan Abdul Rahman berkata, kemalangan itu melibatkan Toyota Hilux dan sebuah lori membawa muatan batu.
“Bomba Limbang menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 2.57 petang dan sepasukan anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa yang terlibat.
“Ketika kami tiba didapati kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dengan seorang pemandu Toyota Hilux tercampak keluar dari kenderaan manakala pemandu lori tersepit di dalam kenderaan,” katanya.
Menurut beliau, mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Hilux dikenali sebagai Ngu Tiong Hieng, 33, dan pemandu lori batu Mohamad Ardie Khan Karim, 39. – UTUSAN










