Che’gu Bard ditahan polis isu kasino di Forest City

Che’gu Bard ditahan polis isu kasino di Forest City

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Che’gu Bard atau Badrul Hisham Shaharin ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dekat sini semalam berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Difahamkan, dia ditahan petang semalam di Tapah, Perak.

Peguambela dan peguamcaranya, Rafique Rashid berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Che’gu Bard kini ditahan di IPD Dang Wangi. Tangkapan terkait dengan hantaran dalam Facebook beliau berkaitan dengan Kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg.

“Permohonan reman akan dibuat di IPD Dang Wangi,” katanya.

Menerusi hantaran Che’gu Bard di Facebook, beliau dikatakan menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hab kewangan yang akan dibina di Forest City, Johor.

Beliau didakwa turut berterima kasih kepada agensi berita Business Times Singapore dan Bloomberg kerana melaporkan berita berkenaan kepada umum.

Sebelum ini, Anwar, Berjaya dan Genting Malaysia menafikan laporan Bloomberg, selain menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media itu atas dakwaannya.

Bloomberg melaporkan Anwar menemui pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan dan CEO Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino bagi Forest City minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN