KUALA PILAH: Polis giat mengesan seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden jururawat ditemukan tertiarap di tepi jalan simpang tiga Dangi, dekat Johol, di sini malam kelmarin. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, hasil siasatan ke atas mangsa yang berusia 30-an mendapati, wanita itu dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Hutan Percha, Melaka menuju ke pekan Kuala Pilah. Katanya, sebaik sahaja tiba di persimpangan Dangi, mangsa mengatakan dihimpit oleh sebuah kenderaan membuatkannya terpaksa memberhentikan kenderaan. “Suspek dikatakan telah membuka pintu kereta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya