PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keputusan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam tepat pada masanya selepas mengambil kira kos sara hidup yang sedikit meningkat ketika ini. Perdana Menteri berkata, masih ada penjawat awam di peringkat bawah yang mengeluh dengan peningkatan kos sara hidup tambahan lagi bagi memenuhi keperluan menjelang Aidilfitri. “Malam (kelmarin), saya fikir (mengenai BKK itu) dan nak tidur pun terganggu. Jadi, saya fikir bagi saja…