Bayaran RMR kekal RM300 sebulan - SPNB

Bayaran RMR kekal RM300 sebulan – SPNB

HUSAM Musa bergambar kenangan bersama penerima RMR selepas Majlis Aidilfitri dan Penyerahan Kunci serta Inden Kerja RMR SPNB Cawangan Melaka di Kampung Durian Daun, Lendu, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memberi jaminan bayaran bulanan kepada pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) kekal serendah RM300 sebulan bagi tempoh 16 tahun.

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, walaupun berlaku kenaikan barang binaan ketika ini, ia tidak menghalang SPNB untuk mengekalkan harga RM75,000 seunit yang mendapat potongan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000.

Menurutnya, RMR diwujudkan bagi membantu golongan sasar tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.

“Ini bermakna bayaran bulanan kekal seperti sebelum ini iaitu serendah RM300 sebulan sehingga 16 tahun serta mampu dipohon oleh mereka yang tidak mempunyai rumah tetapi ada tanah.

“SPNB tawarkan RMR 1.0 dan RMR 2.0 adalah inisiatif baharu yang diperkenalkan mudah buat pemohon mendapat kelulusan dan menerima rumah idaman dalam tempoh yang singkat.

“Perkara yang membezakan pemohon RMR 1.0 dan RMR 2.0 adalah daripada segi cagaran tanah dan tempoh menunggu giliran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidilfitri dan Penyerahan Kunci serta Inden Kerja RMR SPNB Cawangan Melaka di Kampung Durian Daun di sini, hari ini.

Tambah Husam, SPNB akan memastikan tiada tunggakan bakal dihadapi kontraktor yang mendapat tawaran membina RMR di seluruh negara seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

“Itu adalah isu lama yang berlaku pada 2019, tetapi sejak 2020 tidak berlaku lagi tunggakan bayaran kepada kontraktor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×