SEREMBAN: Seorang jurugambar tidak sangka perkongsian videonya di TikTok mengenai khidmat merakam gambar pelanggan di hadapan Masjid Sri Sendayan di sini, menjadi tular dan menerima banyak tempahan sempena Aidilfitri. Nur Diana Mohamad, 38, berkata, tahun sebelum ini, dia hanya menawarkan khidmat merakam gambar keluarga pelanggan di hari raya melalui rumah ke rumah sahaja. Bagaimanapun, menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris) (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia…