PETALING JAYA: Banyak pemimpin industri dan perniagaan antarabangsa menunjukkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik Malaysia dengan menyatakan minat untuk melabur di negara ini dalam pelbagai bidang. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keyakinan itu dizahirkan komuniti perniagaan antarabangsa sewaktu mesyuarat meja bulat bersama lebih 50 pemimpin industri dan perniagaan pelbagai sektor dari seluruh pelosok dunia di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi. Justeru, Perdana…










