Avitan Shalom: Peguam enggan dedah pihak melantiknya

Avitan Shalom: Peguam enggan dedah pihak melantiknya

SHALOM Avitan yang diriingi anggota polis tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili warga Israel, Avitan Shalom enggan mendedahkan pihak yang melantiknya untuk lelaki berkenaan.

Peguam, Navinjit Singh juga enggan memberitahu media ketika ditanya sama ada beliau dihubungi secara terus atau melalui firma guamannya.

Terdahulu, pihak media yang berkumpul sejak pukul 7 pagi dimaklumkan terpaksa menunggu lebih lama kerana bagi menunggu kehadiran peguam tersebut yang dikatakan daripada Pulau Pinang.

Media hanya dibenarkan masuk ke dewan Mahkamah Sesyen yang mendengar prosiding pendakwaan terhadap Avitan kira-kita pukul 10.10 pagi, selepas kesemua pihak hadir dan telah berada di dalam dewan mahkamah.

Selain Navinjit, lelaki Israel yang juga mempunyai kerakyatan Perancis turut diwakili peguam, Jeffrey Ooi.

Sewaktu prosiding, peguam-peguam terbabit tidak mengemukakan sebarang bantahan berhubung isu jaminan dan bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa pertuduhan yang dikenakan kepada anak guam mereka merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Terdahulu, Avitan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memperdagangkan enam pucuk pistol dan memiliki 158 butir peluru.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN