PADANG TERAP: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang mementingkan pembangunan rakyat apabila memilih untuk mendengar hasrat kerajaan negeri diketuai pembangkang terutama Kedah. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ramai mengetahui bagaimana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor melakukan ‘serangan’ kepada Perdana Menteri dalam kebanyakan kenyataannya sebelum ini. Namun katanya, Anwar langsung tidak menghiraukan perkara itu kerana beliau sering meletakkan kepentingan…










