PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui amat terkesan dengan isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berlaku di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga negara menanggung kerugian hampir RM2 bilion. Perdana Menteri berkata, walaupun sesetengah orang meremehkan isu rasuah kerana ia dikatakan hanya membabitkan jabatan kecil di bawah JKDM, ia mengakibatkan nilai kerugian tinggi. “Sehingga kini dengan mendapat maklumat daripada…