Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan

Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Bukit Kiara, sebentar tadi. 

Cuaca baik mengiringi proses pengebumian itu yang selesai pada pukul 3.15 petang dan berjalan dengan lancar. 

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta beberapa pengurusan tertinggi PDRM. 

Sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara untuk dimandi, dikafankan, disolat serta penghormatan terakhir.

Solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni.

Majlis penghormatan terakhir di Masjid Negara itu dihadiri hampir 1,000 orang kenalan termasuk ahli keluarga serta pegawai dan anggota polis.

Hadir memberi penghormatan terakhir adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Razarudin dan Timbalan KPN, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Turut hadir, bekas KPN iaitu Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di No.21, Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam dan selamat tiba di Masjid Negara kira-kira pukul 11.10 pagi.

Tun Mohammed Hanif, 85, merupakan Ketua Polis Negara Malaysia keempat dan juga Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat  iaitu selama 20 tahun dari 1974 hingga 1994.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN