PETALING JAYA: Satu akaun Facebook menggunakan identiti Yang di-Pertuan Agong didapati palsu. Menurut satu hantaran Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunas undang-undang yang ditetapkan. “Orang ramai digesa melaporkan kepada mana-mana platform media sosial yang berkenaan, sebarang akaun yang menyalahgunakan nama Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah atau Keluarga Diraja Johor. “Adalah ditegaskan juga bahawa…









