50 pelajar SMK Batu Kikir-Model Khas diserang histeria

50 pelajar SMK Batu Kikir-Model Khas diserang histeria

SHAMSHULKAHAR Mohd. Deli (dua dari kanan) ketika melawat asrama pelajar SMK Batu Kikir-Model Khas, Jempol selepas 50 orang pelajar diserang histeria tengah malam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Kira-kira 50 orang pe­lajar asrama Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir -Model Khas di sini dise­rang histeria dalam kejadian ber­mula lewat petang kelmarin.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli berkata, hasil lawatannya ke sekolah berkenaan tengah malam sema­lam mendapati pihak sekolah te­lah mengambil langkah awal de­ngan mengasingkan pelajar yang di­serang histeria.

Menurutnya, dalam kejadian itu, seramai 31 pelajar asrama pe­rempuan dan 19 pelajar asrama lelaki mula diserang histeria menjelang waktu Maghrib, Sabtu lalu.

“Kejadian terakhir histeria di asrama sekolah ini pada tahun 2019. Kali ini terjadi lagi bermula dengan 20 orang pelajar dan malam tadi, usaha untuk rawatan pelajar yang terkena histeria melalui kaedah Islam serta tradisional.

“Buat masa ini, pelajar yang terkesan sudah diarahkan untuk diambil oleh penjaga masing-masing bermula malam tadi dan asrama sekolah pula tidak beroperasi selama seminggu untuk kerja-kerja pemulihan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pada itu, Shamshulkahar berkata, sebagai langkah awal juga, pelajar lelaki yang diserang histeria ditempatkan di dewan sekolah, manakala pelajar perempuan pula di rumah warden.

“Proses pembelajaran di seko­lah berjalan seperti biasa di mana pelajar asrama yang tinggal berhampiran boleh berulang-alik ke sekolah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN