IPOH: Seramai 30 pelajar sekolah antara 178 orang yang ditahan polis dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang, di sini hari ini. Operasi pada pukul 2.30 pagi itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua yang ditahan itu berusia antara…







