Warga Bangladesh maut ditikam ketika berbuka puasa - Utusan Malaysia

Warga Bangladesh maut ditikam ketika berbuka puasa

Ditikam
POLIS membawa keluar mayat seorang lelaki warga Bangladesh yang ditikam dalam sebuah hostel dekat kilang di Seksyen 36 di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang maut akibat dipercayai akibat ditikam berkali-kali oleh rakan sekerjanya dalam hostel sebuah kilang dekat Seksyen 36, disini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa warga Bangladesh berusia 49 tahun minum air oren milik suspek yang merupakan warga Pakistan ketika sedang berbuka puasa.

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 7.20 malam daripada seorang lelaki yang juga pekerja di kilang berkenaan.

“Kejadian berpunca daripada suspek marah apabila simati meminum air orennya semasa berbuka puasa. Suspek bertindak menikam simati beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil daripada dapur.

“Pada hari sama, kira-kira 10 minit kemudian, tangkapan dibuat ke atas suspek di tempat kejadian. Suspek seorang lelaki berusia 51 tahun bekerja bersama-sama mangsa. Turut dirampas adalah pisau digunakan untuk menikam mangsa,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau menambah, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk permohonan reman.

Jelas Mohd. Iqbal, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan 12 kali sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Md. Anuar Md Amilah @ Harun di talian 0192255597,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN