SIK: Seorang suri rumah di Kampung Batu Dua, Sungai Pau tidak menyangka bunyi seperti ketukan di bahagian atas dinding bilik air rumahnya merupakan seekor ular tedung selar yang sedang terjuntai. Melur Hamzah, 56, berkata, pada mulanya dia ke bilik air untuk membasuh baju menggunakan mesin sebelum masuk semula tidak lama kemudian untuk menjemur pakaian itu. “Kejadian berlalu sekitar pukul 9.30 malam, saya terdengar seperti ketukan zink di penjuru bilik air…










