Tyzo umum sertai stesen radio lain petang ini - Utusan Malaysia

Tyzo umum sertai stesen radio lain petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio terkenal, Tyzo, 48, bakal mengumumkan pelantikannya sebagai penyampai baharu sebuah stesen radio hari ini.

Kata Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zulqarnain Idris memaklumkan dia masih dalam proses perbincangan  dan hanya akan mengesah dan mengumumkan penyertaannya dengan stesen tersebut sekitar pukul tiga petang ini.

“Persetujuan belum ditandatangani dan kami masih berbincang. Ada beberapa perkara yang pihak saya dan stesen radio berkenaan perlu muktamadkan.

“Apa pun sebarang perkembangan akan saya kongsikan di media sosial saya sekitar petang nanti. 

“Saya lega, selepas dua bulan, akhirnya saya akan kembali ke konti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tyzo sebelum ini menamatkan perkhidmatan selaku penyampai Suria FM Januari lalu selepas lapan tahun bersama stesen radio berkenaan.

Katanya, dia bersyukur kerana masih berpeluang menjadi penyampai radio selepas penamatan perkhidmatan dengan stesen radio terbabit.

“Apa pun saya kena bekerja untuk menyara anak. Dua bulan tanpa pekerjaan tetap, saya akui hidup agak sukar sepanjang tempoh itu,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN