PETALING JAYA: Sebuah syarikat pembekal gas didenda berjumlah RM350,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menjual barang kawalan berjadual iaitu 438,312 kilogram gas petroleum cecair kepada syarikat tidak berlesen, empat tahun lalu. Hakim Noor Ruzilawati Mohd. Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat Heng Seng & Company Sdn. Bhd. selepas pengarahnya Tan Kim Soon, 35, yang mewakili syarikat itu mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan yang dikenakan. Bagi setiap…