KUALA LUMPUR: Daripada dijadikan sebagai jentera untuk membangunkan ekonomi negara bagi kepentingan rakyat Malaysia, SRC International Sdn. Bhd. telah menjadi `mangsa’ penipuan berskala besar yang direncana oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Penubuhan SRC International adalah bertujuan ‘untuk menjadi tonggak jangka masa panjang pembangunan ekonomi yang mampan oleh Malaysia untuk rakyat’. Itu merupakan ayat yang diucapkan sendiri oleh defendan pertama, Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri kita.…










