PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat lagi individu termasuk seorang penjawat awam kerana disyaki bertindak sebagai perantara untuk memberi rasuah bagi pihak sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara. Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 15 Mac ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. Menurut sumber, keempat-empat suspek…