KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas mencatatkan rizab negatif berjumlah RM0.388 bilion pada 2022 susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), semalam. Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Radzi telah memberikan taklimat khusus kepada pihaknya berhubung laporan itu dan menyenaraikan tiga agensi yang perlu diberikan perhatian. Selain LTAT, beliau berkata, dua lagi agensi adalah…










