PETALING JAYA: “Tidak lengkap Ramadan tanpa Zayn Rayyan di sisi.” Itu luahan ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf, 29, pada Ramadan tahun ini ekoran ketiadaan anak sulungnya yang ditemukan maut di sungai berhampiran kediaman mereka di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada Disember lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ismanira berkata, banyak momen dirindukan bersama Zayn Rayyan setiap kali Ramadan walaupun anaknya itu tidak memahami erti berpuasa kerana…