Remaja tak sempat jadi hafiz, maut kemalangan motosikal

Remaja tak sempat jadi hafiz, maut kemalangan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: “Saya amat sedih dan terkilan kerana hasrat Azam Afwan, 13, mahu belajar di sebuah pusat tahfiz di Lipis tidak kesampaian selepas meninggal dalam kemalangan,” kata bapanya, Mazlan Mohd. Yusob, 43.

Azam Afwan maut dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Kampung Petola dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin.

Mazlan yang bekerja sebagai pemandu bas berkata, anaknya dijadual belajar di pusat tahfiz berkenaan pada 10 Mac ini selepas lulus dalam ujian kemasukan dan kelengkapan pakaian sudah siap dibeli minggu lalu.

“Anak saya bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pagar Sasak di sini teruja hendak masuk lebih awal pada 3 Mac lalu, tetapi seorang ustaz penjaga tahfiz berkenaan meminta supaya melapor diri pada 10 Mac ini kerana pelajar masih bercuti.

“Arwah telah menjalani ujian kemasukan dan lulus semua berkaitan al-Quran dan fardu ain,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Lipis di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku pukul 4.30 petang kelmarin di Kilometer 48, Jalan Lipis- Merapoh berdekatan Kampung Petola dekat sini.

Katanya, Azam Afwan yang menunggang motosikal Honda C100 serta dibonceng rakannya, Muhammad Syameel Af’fieq Samsu Aris, 12, dipercayai dilanggar oleh kereta Proton Waja ketika mangsa membelok masuk ke simpang Kampung Bukit dekat situ.

Katanya, mangsa dipercayai mengubah arah dari kiri ke kanan jalan untuk masuk ke simpang kampung tersebut sebelum dilanggar sebuah Proton Waja dipandu remaja berusia 18 tahun yang tidak tidak sempat mengelak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN