PUTRAJAYA: Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Rayuan pada 18 Julai ini. Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Mohd. Khairi Haron pada prosiding pengurusan kes itu, semalam. Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam bela, Emile Ezra Md. Hussain yang mewakili Peter mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media. Pada 19 April 2023, Peter memfailkan notis rayuannya selepas tidak…