PUTRAJAYA: Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan mengganggu kedudukan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu sudah diambil pertimbangan ketika kajian awal dilaksanakan sebelum ini. Beliau berkata, Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dibuat dan ia sudah tentu mengambil kira kawasan-kawasan sensitif dan bersejarah di negeri itu. “Segala pertimbangan berkaitan kedudukan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO telah diambil perhatian serius,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. Ditanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya