Polis tahan warga asing lakukan amang seksual terhadap budak perempuan

Polis tahan warga asing lakukan amang seksual terhadap budak perempuan

SEORANG lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah kompleks beli-belah di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas dia dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah kompleks beli-belah di Bayan Lepas di sini, semalam.

Akibat perbuatan tersebut, lelaki berusia 40-an itu dikatakan mengalami kecederaan di bahagian muka selepas dipukul oleh orang ramai di situ yang kebetulan menyedari tindakan keji suspek.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, ketika kejadian, mangsa dan ibunya sedang beratur di sebuah kaunter untuk membayar barangan yang mereka beli di kompleks beli-belah terbabit.

“Suspek kemudian didakwa telah menggesel kemaluannya pada punggung mangsa. Bagaimanapun, kejadian itu disedari oleh ibu mangsa yang terus menjerit kepada suspek.

“Suspek yang terkejut kemudiannya melarikan diri dan orang ramai yang ternampak akan kejadian itu bertindak memukul mangsa,” katanya di sini, hari ini.

RAZLAM AB. HAMID

Menurut Razlam, suspek bagaimanapun berjaya ditahan polis dan dia kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×