LOS ANGELES: Pelakon, Blake Lively membuat permohonan maaf kerana mempersendakan Puteri Wales, Kate Middleton gara-gara sebuah gambar yang tular sebelum ini. Permohonan maaf menerusi Instagram itu dibuat pelakon tersebut selepas Kate pada semalam membuat pendedahan tentang penyakit kanser yang dialaminya. “Saya pasti tiada siapa yang peduli sekarang ini, tetapi saya perlu menyatakannya di sini. “Saya telah memuat naik perkongsian bodoh mengenai gambar yang disunting itu dan hari ini, tindakan tersebut memalukan saya. “Saya mohon maaf. Diharapkan kita semua baik-baik sahaja,” tulisnya di platform berkenaan. Lively sebelum ini mempersendakan sebuah gambar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya