KUCHING: Sarawak mencatatkan peningkatan sebanyak 121 peratus dengan kehadiran seramai 57,496 orang pelancong, berbanding tahun lalu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pencapaian cemerlang itu hasil daripada pelbagai faktor termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Lembaga Pelancongan Sarawak dan Tischler Reisen, tahun lalu. “Kerjasama tersebut telah banyak membantu menyumbang kepada ketibaan pelancong dari pelbagai negara dimana ia secara tidak langsung meningkatkan…










