KUALA TERENGGANU: Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu mencapai kemajuan 80.28 peratus setakat Februari lepas. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, kemajuan projek di Terengganu adalah terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain iaitu Pahang, Kelantan dan Selangor. Menurutnya, proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu pula telah selesai sepenuhnya Selain itu,…