GEORGE TOWN : Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melantik perunding bagi melihat semula keseluruhan pembangunan dalam usaha menceriakan kembali kawasan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini. Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Datuk Aziz Bakar berkata, pihaknya menjangkakan bahawa dalam tempoh tiga bulan lagi, PDC akan memperoleh cadangan daripada perunding terlibat mengenai projek yang sesuai dilaksanakan di kompleks berkenaan. “Kita sudah melantik perunding untuk melihat semula keseluruhan pembangunan di Komtar…