IPOH: Pengunjung pasar raya Mydin di Manjoi di sini terpaksa mengosongkan premis dalam keadaan cemas berikutan berlaku kebakaran di tingkat dua bangunan itu sebentar tadi. Difahamkan, kejadian sekitar pukul 6.45 petang itu disedari selepas bekalan elektrik terputus diikuti bunyi loceng penggera kebakaran. Difahamkan ketika kejadian berlaku, terdapat kira-kira 40 pekerja dengan lebih 200 pengunjung berada di dalam premis berkenaan. Kesemua pekerja dan pengunjung sempat mengosongkan premis sebelum api mula marak…