KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyasarkan kawasan seluas 250 hektar untuk tanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisir pantai Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun sehingga 2025. Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penanaman pokok bakau dan menghijaukan kawasan bandar serta membina tembok laut di pesisiran pantai itu di bawah inisiatif Nature Based Solution (NBS) antara langkah adaptasi jangka pendek dan panjang…