PARLIMEN: Syed Saddiq dakwa belum terima peruntukan, walau sudah tiga kali berunding

PARLIMEN: Syed Saddiq dakwa belum terima peruntukan, walau sudah tiga kali berunding

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa, kawasan beliau masih belum menerima peruntukan walaupun sudah tiga kali berunding dengan Timbalan Perdana Menteri

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu tersebut. 

Dakwaan itu terkandung dalam pemberitahuan pertanyaan bagi jawab lisan Dewan Rakyat, semalam. 

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, berkata, lebih RM300 juta disalur menerusi pelaksanaan puluhan projek di Parlimen Muar.

“Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat (YB), di bawah Rolling Plan 4, Tahun 2024, sebanyak 40 projek daripada pelbagai kementerian diluluskan oleh kementerian Kewangan dengan peruntukan RM316,530,700 di salurkan untuk kawasan Muar. 

“Peruntukan khas Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai tambahan dan pelengkap kepada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.

“Penyediaan dan penyaluran peruntukan ini mestilah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan,” katanya.

Pada September 2023, di awal Syed Saddiq menarik sokongan terhadap kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar dan memilih menjadi pembangkang di Dewan Rakyat, beliau mendakwa, peruntukan yang sepatutnya diterima bagi kegunaan kawasannya ditarik balik sejurus selepas tidak lagi menyokong Anwar. 

Beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pada 9 Oktober 2023, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, setakat ini hanya Syed Saddiq  berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai peruntukan kepada pembangkang.

Katanya, wakil daripada Perikatan Nasional (PN) tidak membuat surat secara rasmi selain tidak mengadakan sebarang pertemuan.

Syed Saddiq sebelum ini menarik sokongan terhadap kerajaan sebagai bantahan berhubung keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas pihak pendakwaan memohon kesemua pertuduhan 47 rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram digugurkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN