Parlimen: Hanya 17 artikel akademik berkontroversi, ditarik balik

Parlimen: Hanya 17 artikel akademik berkontroversi, ditarik balik

MUSTAPHA SAKMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya 17 daripada 10,000 artikel akademik yang diterbitkan oleh universiti terpalit dengan kontroversi sehingga ditarik balik penerbitannya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, negara ini mempunyai kadar penarikan artikel akademik yang rendah walaupun berada di kedudukan keenam di peringkat global.

Sehubungan itu, menurut beliau, peratusan artikel akademik yang berkontroversi di dalam negara ini tidak membimbangkan.

“Hanya 17.2 daripada 10,000 artikel akademik diterbitkan universiti yang ada di Malaysia membabitkan kontroversi.

“Walaupun kita di kedudukan keenam, namun dari segi angka tidak berapa membimbangkan. Kita berusaha memastikan penyelidikan ditapis sebaik mungkin terutama di peringkat universiti,” katanya ketika sidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang meminta penjelasan mengenai langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengatasi isu peningkatan kadar penarikan balik kertas kerja akademik yang tinggi.

Mengulas mengenai usaha untuk mengelakkan isu seperti jurnal Jong Melayu yang diterbitkan oleh dua ahli akademik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Mustapha memberitahu, jurnal tersebut akan dikembalikan kepada pihak universiti berkenaan.

Dalam pada itu, beliau meminta penyelidik membuat tapisan terlebih dahulu ke atas jurnal bagi memastikan fakta yang terkandung dalam penerbitan mereka adalah sahih.

“Penyelidik akan buat tapisan jurnal-jurnal ini dan kalau ada perkara berlaku terutama seperti yang berlaku di UPM, jurnal itu akan dikembalikan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN